Pengenalan

sayap2-s.jpg

Sebuah fiksyen sains yang berakar tradisi, membina wawasan, menghormati adat, Saga Empayar Kristal mengajak para pembaca menyelami sejarah alternatif kurun ke-16 yang dikuasakan oleh teknologi kristal. Kuasa-kuasa baru muncul di Asia seperti Empayar Nilam, Kerajaan Angkor, Empayar Aziziah dan Empayar Han. Dalam pergolakan, teruji persahabatan dan tekad perjuangan.

Kerajaan Angkor menemui kapal udara bernama Garuda lalu digunakan untuk menyerang Empayar Nilam. Engku Rahman, Gabenor Wilayah Qadaha telah diculik dan dijadikan tebusan. Kerajaan Angkor mengugut untuk membunuh Engku Rahman sekiranya gagal untuk memenuhi permintaan mereka dalam masa sebulan.

Permintaan mereka: Rajawali Merah dan Rajawali Biru

Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kedua-dua kapal udara ciptaan Adinila itu. Namun, mereka mempunyai muslihat lain untuk menyelamatkan Engku Rahman.

Berjayakah mereka dalam misi itu?

Tinggalkan jawapan